Saturday, August 15, 2009


Khasiat Chocolate

Tahukah anda bahawa coklat mengandungi zat-zat makanan seimbang yang baik untuk kesihatan?
Setiap 100g coklat susu mengandungi 26% daripada pengambilan diet yang disyorkan (RDI) bagi kalsium, 13% magnesium dan 20% zat besi, mineral dan elemen zat makanan yang penting untuk tubuh berfungsi dengan sempurna.

Coklat juga mengandungi sejumlah besar vitamin larut air seperti B1,B2 dan B3 yang melindungi kitaran tenaga dan protin.Coklat setanding dengan keju segar yang merupakan makanan berkhasiat.

Bagi atlet dan kanak-kanak,sekeping coklat selepas bersukan atau bermain lasak akan membantu memulihkan tenaga dengan cepat melalui penggantian semula karbohidrat.

Persekitaran

Coklat sangat sensitif kepada bau.

Coklat perlu disimpan di tempat yang bebas dari bau.

Coklat tidak boleh disimpan berdekatan / antara produk yang berbau kuat seperti daging, ikan,

buah-buahan, belacan, durian dan sebagainya.

Pembungkus coklat juga perlu bebas dari segala bau.

Merokok di kawasan coklat di simpan adalah DILARANG sama sekali.

Kaedah Penyimpanan

Simpan coklat di tempat yang dingin dan kering.

Suhu di antara 18 darjah celcius hingga 25 darjah celcius.

Pendedahan kepada panas dan sinar matahari boleh menyebabkan 'fat-bloom' (bintik-bintik putih).Walaupun ianya menjadikan coklat kurang menarik namun coklat masih selamat untuk dimakan.